Sunday, May 22, 2011

SEHARI BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DARUL IZZAH, TEMERLOH

Salam guy....

Today entry special dedicated untuk Rumah Kebajikan dan Anak-anak Yatim Darul Izzah , Temerloh (21 hb Mei 2011/ sabtu)

Rasa cukup bahagia dan tenang, walau pun sumbangan yang tidak seberapa..tetapi banyak hikmah dan kebaikan yang diperolehi dari program amal ini. Kerjasama dari semua biz partner mengeratkan lagi ukhwah antara kita dan menguatkan lagi perpaduan kita dalam kumpulan...

Banyak atau sikit sumbangan yang diberikan bukan persoalan, tetapi keikhlasan dan istiqamah dalam bersedekah adalah lebih utama. Tak salah rezeki lebih yang kita nikmati dikongsikan dengan pihak2 yang memerlukan di luar sana. InsyaAllah program seumpama ini akan kita adakan dari masa ke semasa....

Jom layansss gambar...!!



Disambut oleh penjaga Rumah Kebajikan Darul Izzah...Cik Atiqah

Senyuman terpancar di wajah mereka...gembira menyambut kedatangan kami..

Beramah mesra.....yang paling kecil di sini umurnya 7 tahun...



Wajah2 anak2 yang memerlukan bantuan dari kita semua....




Bergambar kenangan dengan sebahagian dari penghuni
Rumah Kebajikan Darul Izzah, Temerloh


Sebahagian dari kawan2 yang turut serta program amal kali ini...



Bergambar kenangan...:))

Bersalaman dengan anak2 di sini...sebelum kami bertolak balik....

Beberapa jam selepas sampai ke KL semula...terdengar berita pelajar2 Madrasah Al-Takwa ditimpa bencana....berderau darah dibuatnya....baru je beberapa jam melawat anak2 yatim di Temerloh. Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan ini dan roh yang terkorban dicucuri rahmat Nya...amin...

Tiada yang kekal di bumi ini....yang hidup pasti akan mati...tetapi berusahalah kita umpama akan hidup seribu tahun lagi dan beramallah ibarat akan mati esok hari....Tak salah jika kita berusaha sehabis baik untu mencari rezeki lebih dan boleh dikongsikan dengan pihak yang memerlukan. Semoga amal baik kita diterima oleh yang Maha Esa.

Sekalung Penghargaan juga kepada mereka yang bersama-sama membantu menjayakan program ini iaitu :

CDM CS Chan & Madam Lam
CDM Siti Rohana & CDM Azlan