Monday, February 14, 2011

MAULIDUR RASUL 2011

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke 12- bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada hari Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah Nabi terakhir yang diutuskan oleh ALLAH Subhanahu Wataala. Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.

" Hari ini telah aku sempurnakan bagi kamu agamamu, telah aku cukupkan bagi kamu nikmat-ku, dan Aku redha Islam itu sebagai agama kamu"
A-Maidah :3

Saat turunnya ayat ini, bergenang la air mata para sahabat Nabi kerana terlalu sedih untuk berpisah dengan Nabi. Ketiadaan dan kehilangan baginda sentiasa dirasai sehinggalah zaman ini.
Kami merinduimu Ya Rasulallah~

Tiada harapan selain ALLAH,
Tiada idola selain NABI,
Tiada kata seindah QURAN,
Tiada perjuangan selain ISLAM

1 MALAYSIA 1 UMMAH
MAULIDUR RASUL 2011